1. Ali minum teh panas dengan mengangkat gelas dengan menggunakan tangan kiri sahaja.Tangan kanannya berada ke bawah sedikit. Dalam syot seterusnya, tangan kanan Ali tiba tiba muncul di tepi gelas.
2. Selepas Yoga cakap ‘Sejak bila kau pandai pakai perkataan novel ni?’, Ali telah depa tangan. Tukar syot, Ali sekali lagi depa tangan buat kali kedua.
3. Kedudukan mata Ali yang memandang Aman tiba tiba berubah memandang air tin. Tisu dan straw Arman berubah (possible sebab angin). Malah, Rudi yang tengah sedut air tiba tiba hilang dalam syot seterusnya.
4. Semasa Bad Rasta nyanyi, part ‘lalalalalala…’, tangan Ali yang berada di bawah tiba tiba terpacak secara tiba tiba selepas bertukar syot.
5. Tangan Uncle Hong tidak konsisten between syot.
6. Gelas kat tangan Sarah tiba tiba berada di atas meja sebelum Sarah sempat letak gelas tersebut lagi.
7. Perbezaan kedudukan tisu between syot. (simple explanation: tisu memang lembut dan senang berubah, oleh itu sentuhan perlu dielakkan. Sekali sentuh, dah berubah, ada ko hingat balik posisi asal tisu tu? Tobat tak.. )
8. Posisi informer yang membongkok tiba tiba berdiri tegak selepas tukar syot.
9. Kedudukan straw Sarah berbeza antara syot. Syot dekat, strawnya ke kiri. Syot jauh, strawnya ke kanan.
10. Semasa ekspresi muka Yoga ditunjukkan selepas Aisyah cakap, ‘Aisyah cintakan abang Ali’. Tangan Aisyah yang memegang bawah pagar tiba tiba muncul di pagar bahagian atas
11. Kain pelikat yang Arman pakai untuk tutup kepalanya ada cap kilang di bahagian hidung. Semasa Arman pergi ambil buku, Arman kembali ke katil, dan cap kilang di bahagian hidung Arman hilang secara tiba tiba. Malah, lipatan di kepalanya sudah berbeza coraknya.
12. Posisi tangan Bad Rasta berubah secara tiba tiba selepas bertukar syot semasa Ali sampai ke warung mamak.
13. Malah, posisi tangan Bad Rasta sekali lagi berubah semasa Ali duduk bersama Yoga dan Arman
14. Beg dompet Sarah atas Tupperware hilang dari atas Tupperware (dapat dilihat Sarah tiba tiba memegang dompet di tepi Tupperware) selepas bertukar syot dan muncul semula dalam syot seterusnya. Malah, pegangan Tupperware pun berubah ubah between syot.
15. Kunci motor hilang dalam syot jauh dan muncul semula semasa Ali buka Tupperware karipap Sarah.
No comments:
Post a Comment