Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Monday, May 9, 2011

3 Hati 2 Dunia 1 Cinta (2010)





1. Hujung dua ikatan kepala Rosid yang pada awalnya berada di belakang kepala tiba tiba berubah apabila syot seterusnya menunjukkan satu hujung ikatannya tiba tiba berada di atas bahu hadapannya.

2. Beg Delia yang berada ditepinya tiba tiba berada di atas pahanya.

3. Tangan bapa Rosid dalam satu syot (gambar atas) berada di atas pahanya. Namun, dalam satu syot lain, dapat dilihat tangannya berada di atas penyandar kerusi sebelum kembali berada di pahanya berselang seli.

No comments: