
1. Darah Shamsul Hadi di leher, dalam satu syot hanyalah sedikit dan tidak menyentuh baju. Dalam satu syot close-up, darahnya banyak dan meleleh ke dalam baju. Darahnya kembali menjadi sedikit apabila semua orang bersorak.

2. Sewaktu Borhan berikan surat khabar, dia berikan surat khabar tersebut yang berada dalam keadaan melintang (maknanya, Zizi tak payah lagi nak pusing surat khabar tu sebab posisinya sudah membolehkan dia untuk baca surat khabar). Namun, permulaan syot seterusnya menunjukkan Zizi mengalihkan surat khabar dari keadaan menegak kepada melintang.

3. Lepas flashback Shamsul Hadi mencuri, kedudukan tangan kanannya berada di atas sedikit. Namun, syot seterusnya menunjukkan tangan kanannya berada sama paras dengan tangan kirinya secara tiba tiba. Kedudukan tangannya berada kembali di atas sedikit semula selepas itu sebelum Shamsul melepaskan pegangannya di batang besi dan menyuruh adiknya supaya jangan menangis.

4. Evelope berubah secara tiba tiba. Awalnya, ia berada di bawah tangan sebelum tiba tiba berada di tepi tangan.

5. Tangan Zizi yang berada di atas paha Nadia berubah kedudukan menjadi berada di atas tangan Nadia secara tiba tiba.
1 comment:
so kire tak bes ke ?
Post a Comment