
1. Lelaki tu dilempar ke jalan utama yang besar dan terkena cermin. Sewaktu lelaki tu kena cermin, dapat dilihat jalan tersebut tiba tiba bertukar kepad lorong, sebelum syot seterusnya menunjukkan dia berada di atas kaki lima jalan utama kembali.

2. Tangan kanan Bella yang berada hampir sama paras dengan dagunya tidak kelihatan dalam syot seterusnya.

3. Kain yang dihadiahkan mak Bella hilang dalam syot terakhir babak ini secara tiba tiba.

4. Serigala jadian (geng Jacob) yang pada awalnya banyak. Namun, dalam syot seterusnya, hanya tiga ekor saja kelihatan. Yang lain, tidak kelihatan walaupun pada awal tadi, kita lihat semuanya sedang turun dari celah pokok tersebut.

5. Tangan Bella yang ditekap ke dada Jacob tiba tiba berubah menjadi genggaman selepas bertukar syot.
1 comment:
huyoo..
pekanya ~
Post a Comment