Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Thursday, June 16, 2011

Paul (2011)

1. Kedudukan O’reilly kelihatan jauh dari tiang kuning dan keretanya sewaktu dia telangkup muka dengan tangan. Tapi, syot seterusnya menunjukkan jaraknya berada dekat dengan tiang kuning berbanding sebelumnya (tiang kuning nampak lebih besar berbanding pada awal tadi)

2. Kedudukan kertas yang berada di sebelah Paul pada awal babak (semasa syot dari atas) kelihatan satu hujungnya berada sebaris dengan radio. Namun, syot seterusnya menunjukkan hujung kertas tadi berada ke bawah sedikit secara tiba tiba.

3. Rambut Ruth yang berada di depan bahu tetiba berada di belakang dalam close-up syot. Rambutnya kembali berada di hadapan selepas itu.

4. Lepas bapa Ruth kena tembak, bayang kereta berada di bawah (waktu tengahari mungkin). Namun, dalam cermin pandang belakang RV, dapat dilihat bayang kereta adalah panjang. Malah, awan juga berbeza dalam dua syot ini. Lagi, pekan kecil/bangunan juga tidak kelihatan dalam syot cermin pandang belakang.

5. Kelibat kenderaan krew yang membawa kamera untuk merakam adegan aksi langgar langgar ini dapat dilihat.

6. Luka di dada Paul hilang serta merta dengan begitu pantas. Tukar syot je, dada Paul licin tanpa apa kesan luka.

No comments: