Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Tuesday, November 8, 2011

Super 8 (2011)

1. Semasa Joe keluar dari sekolah, tangan kanannya pegang tali beg. Syot awal semasa dia jumpa Charles, dia lepaskan tangan kanannya dari tali beg sebab nak ambil buku skrip dari Charles. Namun, tukar syot, tangan Joe berada di tali beg semula dan baru nak ambik bukul skrip, sekali lagi.

2. Patung model hunchback dalam close-up ada pegang something dan dalam mulut terbuka. Dalam syot lain, model hunchback tidak pegang apa apa dan mulut tertutup.

3. Bila bebudak ni sampai di stesen keretapi, kertas skrip Martin ditiup angin. Martin kejar ke belakang kereta. Syot sterusnya, Martin dilihat berada atas kerusi. Pantas gila Martin!

4. Semasa geng filem cilik kita larikan diri daripada Tentera Udara, korang akan perasan di belakang kereta ada besi besi bertaburan. Namun, fikirkan bagaimana senang benar diorang undur tanpa kereta tu melantun lantun? Hmmm..

5. Semasa Alice berikan kiub kat Joe, kiub tersebut berbentuk segi empat sama dan rata di setiap sudut. Namun, syot seterusnya, semasa Joe bangun pagi, permukaan kiub tiba tiba ada benjolan.

6. Rambut Alice yang berada di hadapan telinganya semasa Joe bercerita tentang kalung ibunya tiba tiba berada di belakang telinga selepas tukar syot. Padahal, dia tak gerakkan tangan pun untuk betulkan rambut

7. Kiub rubik tu pada awalnya bergerak2 dan terhalang oleh pensel. Namun, syot seterusnya, kiub tersebut berada di tengah tengah tanpa dihalang apa apa.

8. Kolar jaket Chales yang berlipat tiba tiba berubah menindih tali beg di atas bahunya selepas bertukar syot.

9. Serpihan kaca di tingkap kecil pintu yang dipecahkan muncul semasa tentera datang. Padahal awal tadi, Joe dah pecahkan tingkap dan tiada serpihan pun di tingkap kecil itu.

10. Kedudukan Joe semasa dalam pelukan ayahnya berbeza di antara dua syot. Dalam satu syot, kepala Joe berada di bahu ayahnya dan matanya memandang ke bawah. Dalam satu syot lagi, matanya memandang ke atas.

11. Semasa ayah Alice peluk Alice, bajunya kelihatan lebih kotor daripada semasa dia keluar dari jip bersama ayah Joe.

No comments: