1. Papan ini jatuh bersama holdernya. Namun, semasa syot papan tersebut jatuh, hanya bunyi papan jatuh saja kedengaran sedangkan ada dua objek yang jatuh.
2. Semasa pergaduhan, korang akan sedar ada seorang tentera mengacukan senapangnya kepada karakter yang sedang bergaduh. Kemana saja diorang begaduh, ke situlah muncung senapang dihalakan. Namun, tukar syot saja, dia sedang acukan senjata kepada shaolin di depannya.
3. Cara pegangan kaki berubah secara tiba tiba.
4. Posisi gelas kaca berubah kedudukan tanpa siapa pun pegang selepas bertukar syot.
5. Darah tetiba muncul di tepi bibir selepas jatuh.
6. Lantai yang retak akibat dikapak kembali lincin selepas bertukar syot.
7. Semasa General Hou bersembunyi, bajunya terlalu kotor. Tetapi semasa dia ke temple shaolin, banjunya lebih bersih daripada malam tadi. Huh? Sempat juga dia mandi ek.
8. Kesan darah di tepi bibir anak Hou hilang selepas dia sedar.
9. Malah, kalau korang perasan, kesan darahnya di pipi kanannya semakin lama semakin berkurangan selepas bertukar syot.
10. Kedudukan rambut berubah ubah between syot. Dalam satu syot, rambutnya ada di atas dahi. Dalam satu syot lagi, rambutnya disikat ke atas.
11. Semasa Cook selesai kira, semua jerami di tangan kanannya diberikan ke tangan kiri. Namun, tukar syot, korang akan lihat yang jerami separuh berada di tangan kiri dan separuh di tangan kanannya.
12. Selepas korang lihat yang jerami separuh berada di tangan kiri dan separuh di tangan kanannya, tukar syot, korang akan perasan yang jerami di tangan kananya hanya ada dua tiga batang. Perhatika semasa dia sedar ada sesuatu di sebalik jerami.
13. Askar hilang semasa syot Hou tarik isterinya keluar sebelum muncul kembali dalam syot seterusnya.
14. Topi askar yang jatuh di bawah kepalanya hilang dalam satu syot sebelum muncul semula dalam syot seterusnya.
1 comment:
hek alah..itu biasa la bro...tak sume dlm realiti idup pon benda boleh berubah sekelip mata...yg ko cari silap tu..sume tu biasa dlm production la...kantoi mcmtu takde pape la...tak payah berlagak detail sngt..cube ko bt filem skit..tgok ape jadik....alahai ko nii
Post a Comment