Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Friday, November 4, 2011

Libas (2011)

1. Semasa perlawanan awal, Ali rakan Adnan diserang pasukan Thailand. Adnan datang kepada Ali dan dari belakang kita lihat kedua dua bucu ikatan kepalanya menghala ke bawah. Namun, semasa syot Adnan tengok pasukan Thailand, satu bucu ikatan tersebut menegak secara tiba tiba.

2. Kedudukan motor berubah. Perhatikan simen tangga semasa Ratna menyepak tin. Tangga tersebut tidak kelihatan semasa syot dua lelaki sepak tin dan juga semasa kehadiran Megat.

3. Kumok jatuh motor semasa berselisih dengan Ratna. Ada guni merah atas bahu. Sebelum Kumok keluar dari tong sampah, guni merah dah jatuh dari bahunya. Namun, semasa syot Kumok keluar dari tong sampah, guni merah kembali ada atas bahunya.

4. Aura kat tangan sami Cina tetiba hilang selepas tukar syot. Padahal, dia masih dalam posisi yang sama.

5. Kesan darah di ikatan kepala Kumok ada tompok merah darah secara tiba tiba. Kesan akibat servis pasukan Iraq (darah di tepi bahagian atas ikatan) hilang.

6. Malah, semasa Adnan Saladin minta tukar bola, tompok darah membesar secara tiba tiba. Eh, tadi bukan ke kena atas kepala. Kenapa darah keluar dari tengah ikatan kepala? Hmm..

7. Bila Adnan suruh main kembali lepas minta tukar bola, tompok darah hilang semula. Ish3..

No comments: