Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Friday, October 28, 2011

Don (2006)

1. Rambut Roma di sebelah kanan berada di dadanya seamsa dia duduk. Namun, semasa dia letak kepalanya di bahu adiknya, rambut di kanannya berada di belakang secara tiba tiba.

2. Kedudukan paip shower yang awalnya tidak mencecah buih. Tukar saja syot, paip tersebut tiba tiba saja menyentuh buih. Kedudukan batang paip bertukar tukar between syot.

3. Perhatikan syot semasa Kamini tanya kenapa Don perlukan pistol dan kamera dan syot selepasnya, syot Don jawab soalan Kamini, accccnting anting Kamini bergoyang dengan lajunya secara tiba tiba selepas bertukar syot.

4. Rambut Kamini dari syot belakang menunjukkan rambutnya mengarah ke kiri bahu. Tiada rambut di bahu kanannya. Namun, dari syot hadapan, rambutnya lebat di atas bahu kanannya.

5. Semasa Don undur kereta untuk langgar kereta polis selepas keretanya terperangkap di jambatan, ada satu kesan tembakan di bawah cermin hadapannya. Namun, semasa Don berhenti di kawasan dan melarikan diri, ada 3 kesan peluru di tengah cermin. Kesan tembakan di bawah cermin tidak kelihatan lagi.

6. Handphone berada diantara fail dan tempat letak pen tidak kelihatan pada awalnya. Malah, pada awalnya, tengah fail berada di hujung poster yang diletak di bawah cermin. Dalam syot seterusnya, hujung fail berada selari dengan hujung poster di bawah cermin.

7. Matahari hendak jatuh semasa Vijay datang dekati Deepu, tiada bayang dan keadaan hampir gelap. Syot seterusnya menunjukkan keadaan cerah secara tiba tiba, walaupun bayangnya panjang (menunjukkan hampir senja).

8. Ibu jari Roma yang diletakkan di cuping telinga Don tiba tiba berada jauh sedikit dari telinga selepas tukar syot, sebelum Don pegang tangan Roma.

No comments: