Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Saturday, August 31, 2013

Istanbul, Aku Datang (2012)

1. Pemandu teksi letak bagasi merah kat belakang Dian, tapi bila tukar syot, bagasi tu berada di sebelah kanan Dian. 

2. Masa Dian terjatuh kat mamat Istanbul tu, topi yang dia pakai jatuh. Lihat betul2 dalam filem ok bila topi tu melalui bahu mamat Istanbul tu (tengok anak panah dalam pic atas)! Dian gelabah pegang kepalanya mengharapkan topinya sempat diselamatkan. Malangnya tidak. Tapi, tukar syot, tetiba topi putih Dian itu ada kembali di belakang tangannya di belakang kepala! 

3. Azad pegang bagasi Dian di tangan kanan semasa di ruang tamu. Masa dia masuk dalam bilik, bagasi itu tiba tiba berada di tangan kirinya. 

4. Header blog Dian hilang lepas betukar syot. 

5. Selendang Haris tetiba jadi pendek sebelah apabila bertukar syot. 

6. Dian jatuhkan alas pinggan. Haris ambil dan letakkan atas alas pinggan di atas meja, betindan. Bila Dian datang semula dan minta Haris cuci bilik air, alas pinggan tiba tiba saja berada di dalam kedudukan sebelah menyebelah. 

7. Memula tu Dian pegang payung dengan dua tangannya. Tukar syot, tangannya berada di bawah. 

8. Cara Haris pegang Mee Maggi Asam Laksa berubah selepas bertukar syot. 

9. Baju skandal Azad yang senget dan menampakkan bahu tetiba saja jadi elok tanpa siapa siapa pun betulkannya semasa Dia keluar dari rumah. 

10. Haris beli bunga. Bunga itu tidak kelihatan lagi selepas itu dan muncul semula masa dia naik motor. 

11. Skarf kat handbag Dian hilang tiba tiba selepas tukar syot.

3 comments:

ina said...

kesalahan yg kecil..mmg x prasan lgsg..kena teliti betul2 baru nmpk..

precious cla said...

good spot !

KongsiBlog said...

bole jadi film checker :)