Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Saturday, August 31, 2013

Zaiton: Ceritaku (2012)

1. Selendang mak Zaiton terjatuh dari bahu masa dia nampak Zaiton buka mata. Tukar syot, selendang tu ada kat bahunya semula tiba tiba. 

2. Posisi timba yang dekat dengan kolam berubah selepas tukar syot. 

3. Posisi muka mak Zaiton pada awalnya senget. Masa ahli keluarga datang, posisi wajahnya jadi lurus. 

4. Rambut yang ada atas bahu Zaiton tetiba ada kat belakang. 

5. Tangan Rahim dalam poket tiba tiba ada di belakang selepas tukar syot. 

6. Posisi berdiri Rahim berubah selepas tukar syot. 

7. Zaiton letak bantal di belakang dan pergi ke poster album. Tukar syot, bantal tu ada kat tepi dia tiba tiba.

No comments: