1. Lengan kiri mamat yang pengsan kat belakang tu berubah kedudukan tetiba jer lepas tukar syot.
2. FAKTA @ AUTA: Mamat yang pengsan dan tidak bergerak tu tetiba sergah dari belakang tiba tiba. Padahal, dia tak bergerak kot (pengsan) beberapa saat sebelum syot tu.
3. Rambut yang berada di belakang tetiba ada di depan bahu kiri lepas tukar syot.
4. Buku yang ada jauh dari budak yang dibelasah Alang tetiba ada kat bawah kepala budak tu lepas tukar syot.
5. Masa Julia toleh pandang Alang, dia berdiri dekat je dgn kawan kawan Alang. Tapi, syot seterusnya, kawan kawan Alang yang dekat tu hilang entah ke mana sebelum muncul kembali dalam syot seterusnya.
6. Masa pencuri tu nak lari, pemegang nombor dua dari tiang tu ada tangan pompuan yang pegang pemegang. Tukar syot, tangan perempuan yang pegang pemegang tidak kelihatan lagi pada pemegang nombor dua dari tiang.
7. Dua perempuan yang hampir halang Alang semasa dia berlari hilang selepas tukar syot. Padahal, dia tak lintas depan Alang pun lagi sebelum tu. Perhatikan kedudukan perempuan2 tu yang berada di antara Alang dan pencuri.
8. Masa Awal, Alang nak keluarkan kad pengenalan guna tangan kiri. Tukar syot, tangan kanan pula yang keluarkan kad pengenalan.
9. Kereta muncul tetiba masa tukar syot. Padahal awal tu jalan tak ada kereta pun.
10. Tangan di bahu Alang yang berada di bahu kiri berubah ke bahu kanan lepas tukar syot.
11. Kerusi muncul tiba tiba lepas tukar syot.
12. Masa Alang mengelongsor dan sepak penjahat, penjahat tu jatuh dan tangan yang pegang parang ada atas lantai. Tukar syot je, tangan yang pegang parang terangkat tetiba.
13. Mak cik yang dok kat lorong tu hilang.
14. Masa Alang lari, dia dah sampai hujung selekoh. Tukar syot, dia ada di tengah selekoh dan nak hampiri selekoh tu sekali lagi.
15. Masa penjahat sepak Alang, kaki Alang dah terkeluar dari hamparan kotak. Tukar syot, kaki Alang ada kat atas kotak semual dan baru nak bergerak keluar sekali lagi.
16. Kotak yang berada di sebelah kanan kepala tetiba berada di sebelah kiri kepala penjahat.
17. Pisau berubah kedudukan. Masa Alang jatuh kali pertama, dia jauh dari kasut. Masa Alang jatuh kali kedua, pisau tu dah dekat kasut.
18. Masa Alang bangun dan gaduh, pisau tu ada kat lutut penjahat yang pengsan pulak. Haish!
19. Lengan penjahat yang dibelasah Alang berubah kedudukan tetiba.
No comments:
Post a Comment