Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Wednesday, October 24, 2012

Mael Lambong (2012)

1. Posisi tangan watak Aziz M. Osman berubah tiba tiba selepas bertukar syot. 

2. Tangan kanan watak Aziz M. Osman lepas cakap Astagfirullah tetiba terangkat sambil pegang kunci kereta selepas tukar syot . 

3. Kertas di tangan Mael Lambong berubah ubah kedudukan diantara dua syot. 

4. Rambut di kanan dada sekejap ada sekejap tak ada between syot. 

5. Cermin kereta tetiba muncul padahal sebelum ni tingkap di sebelah Mael Lambong tak nampak pun cermin. 


6. EQUIPMENT VISIBLE: Bayang kamera jatuh atas penari. 

7. Tali beg tangan Maria yang ada atas tanah tetiba ada atas simen. 

8. Masa Mael keluar jumpa Rozie, dia di kawasan yang ada warung di tepi jalan. Masa Mael memecut lepas Maria tekan brek tangan, korang akan perasan Mael berada di satu simpang. Warung hilang tiba tiba. 

9. Lepas Tiger pakai tudung tu, kawasan yang ada pokok kelapa tetiba jadi kawasan hutan sebelum jadi kawasan pokok kelapa balik lepas tukar syot. 

10. Kawasan tepi pantai tetiba jadi kawasan dalam kampung sebelum jadi kawasan tepi pantai balik. 

11. Rambut di bahu kanan Rozie hilang lepas tukar syot. 

12. Gelas kosong muncul tiba tiba lepas tukar syot. Tiga gelas pula tetiba dekat antara satu sama lain padahal sebelum tu, setiap gelas ada di depan setiap seorang. 

13. Kedudukan daun terup berbeza lepas tukar syot. Perhatikan kedudukan dengan jarak iklan di akhbar yang warna hitam. 

14. Mael Lambong pegang dahinya. Tetiba tukar syot dia pegang tepi tingkap range rover. 

15. Tingkap yang terbuka tetiba tertutup masa range rover nak gerak.

No comments: