1. Luka Will yang panjang semasa dia dilibas cemeti menjadi pendek apabila mak Abraham datang.
2. Bekas yang dipijak Abraham masa bangun dari katil jatuh dalam keadaan asal kembali. Tetapi, tukar syot, bekas tersebut tetiba menegak.
3. Mata Lincoln yang sebelah kanan memula boleh celik, tetapi entah tetiba masa dia nak halang Henry kat pintu, mata dia yang sebelah kanan terpejam.
4. FAKTA @ AUTA: Masa Abraham kapak pokok, korang akan tahu pokok yang Abraham belah dengan sekali kapak tu adalah pokok yang lain dari yang dikapak sebelum tu. Lihat saja batang pokok kecil yang tiada di belakang pokok yang dikapak sebelum tu. Lihat juga pada background yang berbeza selepas tukar syot.
5. Kain yang ada kat tangan kanan Abraham, masa dia kunci pintu tetiba berada di celah ketiak kiri sebelum dia campak ke tepi.
6. AUDIO PROBLEM: Masa Abraham jatuh ke lantai, tidak ada bunyi kaca pecah. Padahal, sebelum tu, si tauke farmasi tu dah letak bowl besar punya bawah kepala Abraham.
7. Malah, ketika Abraham bangun, bekas putih tu hilang tiba tiba.
8. Kain atas meja berubah bentuk selepas tukar syot.
9. Posisi cerut yang dipegang tinggi kat tangan kiri berubah apabila tangan yang pegang cerut tetiba berada atas tangan kanan lepas tukar syot.
10. Masa Henry gigit leher perogol, kain perempuan tadi melintang di tengah lorong. Masa Abraham datang, kain tu tetiba berada di tepi.
11. Masa Speed datang, kedudukan Abraham sedikit menunduk sebab dia minum air. Tukar je syot, terus dia dalam keadaan tegak.
12. FAKTA @ AUTA: Dalam filem ni, Pontianak digambarkan tidak dapat dilihat dalam cermin. Tapi, masa Abraham dan Speed pergi majlis tari menari Adam (scene plantation), bayang bayang Pontianak (yang mana berpasangan dengan manusia sambil menari) dapat dilihat di cermin tingkap semasa Abraham dan Speed mengintai.
13. Masa Speed datang dengan kereta kuda, jelas jarak antara kapak dengan Abraham tersangatlah jauh. Tapi, tukar syot, Abraham ambil kapak dengan mudah tanpa dia perlu bangun pun.
14. Parut di pipi Will berubah arah masa dia dah besar.
15. Dokumen yang berada di tangan kanan tetiba bertukar ke tangan kiri semasa Will datang.
16. Sebelum Will datang, Willie tak siapkan pun bahagian dinding belakang kubu. Beberapa syot kemudian, dalam masa tak sampai beberapa saat, bahagian dinding kubu tetiba ada. Bahagian belakang kubu (yang menghadap ke meja Abraham) hilang semula semasa Willie ikut ibunya keluar dari bilik.
17. Trompet tersandar di bahu Willie tetiba jer selepas tuka r syot.
18. Abraham buka pocket watch untuk baca transkripsi. Tukar syot, jam tu terus tertutup tanpa ditutup oleh Abraham.
19. FAKTA @ AUTA: Masa flashback Henry, Adam digambarkan kebal dan tak boleh disentuh. Tapi, masa atas tren, sebelum Adam gigit Abraham, Henry dengan mudah baling dan bergasak dengan Adam.
No comments:
Post a Comment