Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Friday, October 12, 2012

Aku, Kau dan Dia (2012)

1. Rambut Mia yang ada di hadapan bahu tetiba semuanya berada di belakang selepas tukar syot. 

2. Pak Man bergerak beberapa langkah ke kanan Mia (ke arah Farid) untuk ambil application form. Tukar syot, Pak Man dah di hadapan Mia walaupun dia tak berjalan pun kembali ke arah Mia. 

3. Masa bapa Mia duduk tepi Mia, mama Mia ambil cebisan puzzle dan letak di tangan. Tukar syot, dia dah menolak2 puzzle atas meja tiba tiba tanpa letak puzzle di tangan. 

4. Tangan Mia tetiba berada di mulut lepas tukar syot. 

5. Masa Farid nak pergi tandas, tiada rambut di bahu kanan Mia. Masa Azlan datang, rambut tetiba ada di hadapan bahu kanan Mia semasa Mia berpaling. 

 6. Masa Mia ambil baju putih, ada pakaian lagi dalam kotak. Tapi, masa Mia pegang baju, lepas nampak puzzle, terus box tu kosong. 

7. Malah, pakaian kat tepi kotak Mia juga berubah kedudukan walaupun Mia tak sentuh pun. 

8. Iklan kat depan Pak Man menghadap ke kanan Pak Man. Tukar syot, iklan tersebut menghadap ke arah kiri pula.

No comments: