Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Thursday, July 29, 2010

Bewitched (2005)

Bewitched, sebuah filem remake siri tv popular. Meh menjenguk kesilapan ataupun masalah yang dikesan dalam filem ini.

Perhatikan keadaan roti (gambar atas sekali) dengan gambar bawah. Roti bakar sudah diganti dengan roti putih. Namun, apa yang lagi unexplainable adalah kedudukan roti milik watak Isabel yang berubah dari rendah menjadi tinggi.
Dalam scene ni, Jack ajak si Isabel g dinner. Perhatikan basikal milik Jack di belakang Jack. Jack berpusing-pusing riang dan hampir melanggar basikal. Syot bertukar menunjukkan mimik muka Isabel. Syot bertukar lagi dan kali ini, Jack sudah ada di tangga trailer dan... basikal tadi, hanya nampak tayar je. Bila masa pula Jack menjatuhkan basikal tu sedangkan tiada apa-apa audio yang menjelaskan ttg ini.

No comments: