Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Tuesday, October 25, 2011

Captain America: The First America (2011)

1. Semasa Steve ditumbuk kali kali kedua, satu tong sampah tumbang. Namun, semasa Steve ditumbuk kali ketiga, tong sampah tersebut tegak berdiri kembali secara tiba tiba.

2. Saintis dan alatan misteri tiba tiba muncul selepas bertukar syot.

3. Alatan ini sekejap ada sekejap tiada di atas platform between syot.

4. Retakan di cermin kereta hilang secara tiba tiba semasa Steve lompat naik atas bumbung kereta. Yang kita nampak sekarang hanyalah lubang kecil tembakan.

5. Kesan basah di lutut kiri Steve tiba tiba kering. Pantas tuh!

6. Sebelum Peggy masuk khemah, ada dua orang sedang berbual dekat dengan meja tepi pintu masuk. Namun, semasa syot Peggy masuk, dua lelaki itu tidak kelihatan. Tidak mungkin mereka sudah beredar sebab syot seterusnya baru menunjukkan mereka beredar.

7. Kedudukan bekas garam berbeza between syot.

4 comments:

Noor Maizan said...

haha.tak perasan langsung semua tu

alongxp said...

hehe...biasa la tu...

Fadzli Amir said...

Salam kenal....kekadang diorg pun terlepas pandang, ntah berapa kali punya take tu....hehehhe

Iylia Balqis said...

tak teringin ke nak buad citer Real Steel :)