Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Monday, November 29, 2010

Step Up 3D (2010)

Aku suke Beggin' by Madcon dalam filem ni. Aku x paham jugak pasai pe lagu ni ada dalam both Street Dance 3D and Step Up 3D. Tp jom tengok beberapa perkara yang tak kena dalam filem nih!

Lelaki dengan anjing berjalan di sebelah Natalie kemudian terus ke belakang Luke (gambar atas) Pada syot dekat, lelaki itu kembali berada di sebelah Natalie (gambar bawah)

Selendang Natalie pada syot atas beterbangan, manakala pada syot lain tidak kelihatan beterbangan

Barisan pembeli ais krim bertukar menjadi rapat rapat secara tiba tiba

Kereta hitam yang berada di pokok besar berubah kedudukan ke pokok kecil secara tiba-tiba

1 comment: