1. Tangan Ajib diangkat tinggi. Tapi, syot seterusnya, bahunya menunjukkan tangannya berada di bawah. Tukar syot balik, tangan Ajib tinggi semula.
2. Buku buku Yassin tetiba ada kat tepi kepala mayat walaupun tak ada siapa pun kelihatan meletakkannya di situ.
3. Kain batik kat kaki mayat Ajib tetiba saja jadi kemas masa syot akhir.
4. Selimut di atas kepala Ibrahim berubah kedudukan tiba tiba selepas tukar syot.
5. Mamat baju hitam tu sedang mencangkung. Tukar je syot, dia sedang berdiri dan baru nak mencangkung semula.
6. Kain serban di bahu Ibrahim masa awal tu berserabut. Masa dia bersalam di depan pintu, terus berlipat kemas tiba tiba.
7. Tangan adik Ajib yang dah dijatuhkan ke paha tetiba ada kat tepi dinding semula selepas bertukar syot.
8. Kain serban Ibrahim berbeza lipatannya.
8. Serban atas bahu berubah posisi tiba tiba selepas tukar syot walaupun Ibrahim tak sentuh pun.
9. Masa Ajib tolak tolak skuter adik dia tu, helmet tu dah nak jatuh dah. Tukar syot, helmet tu elok balik posisinya.
10. Sekali lagi kain atas bahu Ibrahim bertukar tukar lipatannya between syot.
Kain serban Ibrahim dalam syot dekat nampak dililit di leher. So, kain serban tu ada atas bahu kiri dan kanan. Namun, dalam syot jauh, korang akan perasan yang kain serban tu ada kat bahu sebelah kanan je. Korang akan nampak kolar baju sebelah kiri yang terdedah.
11. Akim regangkan tangannya sebab jarak jauh. Tapi, tukar syot, nampak jarak antara Tiger dan Akim dekat tiba tiba sebelum jauh kembali dalam syot seterusnya.
12. Memo yang berada di tangan kiri tetiba berubah ke tangan kanan tiba tiba.
13. Mak Ajib berada rapat di depan adik Ibrahim. Lihat tangan adik Ibrahim yang rapat ke bahu mak Ajib. Tapi, tukar syot je, mak Ajib tiba tiba dalam keadaan duduk dan adik Ibrahim dalam keadaan berdiri.
No comments:
Post a Comment