1. Orang yang dok angkat beg kat belakang tu ada kat tepi pagar, tukar syot, dia ada kat tengah sket baru nak pindahkan beg ke pagar semula.
2. Masa Kun tendang, kita nampak kain hitam tergantung di batang besi meja, tapi tiba tiba saja, dalam syot Tai mengundur sambil elak penumbuk, kain hitam tu ada atas tanah tiba tiba.
3. Kemudian, kain tu hilang dari bawah meja dan berada di tepi pulak.
4. Masa Kun panggil Tai, kedudukan kain hitam tu sekejap ada tepi meja dan sekejap ada di belakang meja.
5. Kerusi jatuh tapi lepas tu berdiri balik. Wow!
6. Kedudukan tangkai bakul buah berubah selepas tukar syot walaupun tidak disentuh.
No comments:
Post a Comment