1. Tangan lelaki tu tetiba ada kat pipi lepas tukar syot.
2. Rambut di sebelah kanan hilang tiba tiba selepas tukar syot.
3. Kedudukan silang tangan berubah tiba tiba.
4. Buku dan sampul surat atas meja tetiba tersusun lepas tukar syot.
5. Jari yang berada di dalam cermin helmet tetiba berada kat dada.
6. Rak yang kosong ada benda semula tiba tiba lepas tukar syot.
7. Lepas tu, masa Alam datang, rak tingkat bawah pula dah hilang barang barangnya tiba tiba.
8. Barang di rak dia ada balik tiba tiba lepas tu. Haish!
9. Sebelum Rose datang, bahagian label menghadap ke depan. Masa Rose datang, bahagian label menghadap ke tepi.
10. Masa bos minta deposit, Rose tolak rambutnya ke belakang. Ada beberapa helai masih jatuh di depan bahu. Tukar syot, rambut di depan bahu dah hilang tiba tiba.
11. Alam tetiba berada di belakang Syakir slepas tukar syot.
12. Masa kakak Syakir datang, Syakir berdiri di antara almari dan katil. Tukar syot, dia ada di tepi almari pulak!
13. Kedudukan rantai atas buku Yasin berbeza between syot. Begitu juga dnegan ketinggian susunan DVD.
14. Tangan Alam tiba tiba berada di siku lepas tukar syot.
15. Masa Syakir jumpa bos, dia buka tali beg yang melintang di dada. Beg pula digalas sebelah bahu. Masa dia keluar, tetiba tali bag yang melintang ada balik di dada dan dia menggalas beg guna dua belah bahu.
16. Lepas Rose tutup pintu, Syakir galas beg guna sebelah bahu pulak!
17. Joni Togo baru nak buka pintu! Tukar syot, dah berdiri tegak kat luar dengan Rose! Alahai!
18. Masa Joni Togi masukkan hantu dalam CD, tak ada pulak beg plastik atas duit syiling. Masa Syakir lari, beg plastik tiba tiba muncul.
No comments:
Post a Comment