Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Monday, November 12, 2012

29 Februari (2012)

1. TRIVIA: Bulan, bintang dan awan jelas nampak CGI made. Bukti, pantulan bulan tiada di atas tasik. Dan tasik nampak cerah (bercahaya) seperti waktu siang sedangkan awan menunjukkan langit tersebut gelap. 

2. Masa bapak Budi sampai kat padang, ada 3 orang English lady berdiri di tepi papan tanda. Tukar je, English lady tu tinggal 2 orang. 

3. Korang akan perasan lipatan selendang di belakang ibu Budi berbeza lepas tukar syot. 

4. Bakul yang ada kat lengan kanan tetiba ada kat tangan kiri lepas tukar syot. 

5. Lepas Budi jatuh, dia pegang tudung saji di tengah. Tukar syot je, dia pegang tudung saji di tepi. 

6. Raga yang digalas Budi di belakang hilang tiba tiba masa van lalu sebelum muncul balik dalam syot seterusnya. 

7. Lily dah turunkan sedikit tangan kanannya. Tukar syot, tangannya berada sama aras dengan tangan kiri. 

8. Masa Lily cakap ‘seronok jugak!’, tangan Lily tetiba ada kat tepi rambutnya lepas tukar syot. 

9. Rambut Lily yang berada di belakang tiba tiba berada di depan. 

10. Sekali lagi, rambut Lily yang berada di belakang tiba tiba berada di depan masa Budi nyanyi lagu ‘Kelip Kelip’. 

11. Lelaki baju merah muncul tiba tiba sedangkan masa awal tu kita tak nampak pun dia berjalan menuju kea rah dua wanita yang berjalan bertentangan masa Budi masuk dalam kawasan rumah. 

12. Posisi daun berubah lepas tukar syot. 

13. Masa mamat India datang, tangan kirinya berada di bawah tangan kanannya. Tetapi, syot seterusnya, tangan kanan yang berada di atas tangan kiri tidak kelihatan. Perhatikan tangannya yang boleh dilihat jari jarinya dalam syot satu lagi tu. 

14. Buku kat atas meja tetiba berubah kedudukan. Perhatikan kedudukan buku yang ditindih buku lain yang senget sedikit sebelum cincin jatuh ke lantai. 

15. Kotak mancis hilang tiba tiba dari tangan Budi. 

16. Rokok di tangan Budi bertukar menjadi kotak rokok masa dia bangun. Padahal, dia tak ambik pun kotak rokok yang diletakkan atas tangga. 

17. TRIVIA: Masa scene footage lama yang diwarnakan ini, korang akan perasan yang sebenarnya gadis2 yang dok kira undi kat depan tu je adalah real dari footage asal. Background asal kecuali lelaki baju putih yang berjalan telah dibuang dibuang. Background tersebut direka dengan menambahkan visual dan karakter hasil CGI. Korang akan tahu kesemua background dan orang2 kat belakang itu adalah CGI (yang mana tidak wujud dalam footage asal) apabila korang sedar yang semua lelaki kat belakang tu memakai baju yang sama, dan potongan rambut dan postur badan juga sama semuanya. Beberapa footage lama yang digunakan dalam filem ini menjalani proses yang sama. 

18. TRIVIA: Visual ini adalah full CGI (visual animasi). Perhatikan postur setiap karakter yang tegap dan fit. Beberapa karakter jelas nampak seperti karakter dalam video game. 

19. Masa awal tu, Halim bawa bekas hitam. Dia terkejut dan berhenti berjalan masa dia diberitahu tentang waris. Bila pusing je badan, tangannya ada kat pinggang. Bila masa dia bongkok padan letakkan bekas hitam tu xtauler.

1 comment:

aiN NaJwa said...

wah....teliti betul awak erk...! =)