Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Thursday, November 15, 2012

Salam Cinta (2012)

1. Perempuan baju merah yang jauh giler rebah tetiba berada di belakang Amirul. 

2. TRIVIA: Masa temuramah, logo rancangan tv tersebut dikaburkan. Nak tahu logo apa yang dikaburkan tu? Ianya adalah logi Galaksi, rancangan tv9. 

3. Masa awal Shuib pegang skrip di tangan kanan. Tukar syot, korang akan perasan yang dia pegang tangan kiri pulak. Lihat buku yang berada dekat di sebelah tangan kirinya. 

4. Skrip di tangan Shuib hilang tiba tiba lepas tukar syot. 

5. Lepas tu, dah skrip di tangan hilang entah ke mana, tukar syot pulak, makanan muncul kat tangan tanpa dia ambik pun dalam pinggan. 

6. Masa Amirul sampai kat mesjid, tingkap kereta tak terbuka. Lepas tu, dia ambi skrip dan tanya dirinya dia mampu buat ke tak. Tukar syot, tiba tiba tingkap kereta dah terbuka. 

7. Cara pegang kitab berbeza between syot. 

8. Leher jubah Amirul tidak dibutangkan. Tukar syot, tetiba saja leher jubah Amirul rapat dibutangkan. 

9. Peminat Amirul tu cekak pinggang masa syot Laila keluar dari kabin. Close up syot je, tiba tiba dia tak cekak pinggang pulak. 

10. Lipatan kain kat bahu Laila berbeza masa dia keluar kabin dengan masa Amirul sapa dia sedangkan Laila tak pegang pun kain di bahunya. 

11. Lengan Amirul tetiba atas pintu kereta lepas tukar syot. 

12. Tangan Laila yang ada kat dagu hilang lepas tukar syot. 

13. Baldi kecil yang berada di belakang Laila tiba tiba berada di hadapan lepas tukar syot. 

14. Dua orang pelakon extra hilang tiba tiba lepas tukar syot.

No comments: