1. Kain tuala atas katil hilang lepas tukar syot.
2. Tangan yang berada kat hidung tetiba pegang kotak lepas tukar syot.
3. Kerusi hilang masa pontianak terjun.
4. Tuala atas dahi menjadi panjang selepas tukar syot.
5. Masa mamat India tu tegur pocong tu, belakang dia kosong. Tukar close-up, ada pulak van kat belakang.
6. Tangan kanan yang tak pegang apa apa tetiba bila tukar syot, pegang buku skrip.
7. Tangan yang dok menulis tetiba je pegang pagar lepas tukar syot.
8. Boom mic yang ambil suara M. Jamil muncul atas skrin.
9. Mamat India tu hilang tetiba lepas tukar syot. Bila masa dia bersembunyi balik cermin pun tahlah.
10. AUTA: Nampak sangat tukang pengang boom mic tu tak lari sebab nk capture sound untuk adegan krew lari ni. Kira krew filem visible lah. Sebab krew yang pegang boom mic tu tak dikira sbg krew yang berlakon dalam filem. Malah, ada sorang pmpuan duduk rilek je kat satu sudut. Macam tak dak apa apa terjadi.
11. Mamat India tu keluar paling last sekali, tetapi dari syot luar rumah, dia lah keluar paling awal.
12. Masa scene hujan, korang akan nampak air yang dipancut dari tepi untuk mimik hujan.
No comments:
Post a Comment