Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Wednesday, October 31, 2012

Baik Giler! (2012)

1. Masa budak perempuan tu kena langgar, darah ada kat cermin kereta. Masa kereta nak langgar pokok, darah tu dah tak ada kat cermin depan. 

2. Perhatikan tangan kiri doktor yang sekejap pegang benda dan sekejap benda tu ada kat atas meje between syot. 

3. Bayang bayang yang panjangnya berbeza between syot menunjukkan dua syot ini dilakukan pada dua masa yang berbeza. 

4. Pencuri pegang dompet aras dada. Tukar syot, dompet tu duduk aras kepala. 

5. Jari Kimi tetiba ada kat dagu lepas tukar syot 

6. Jus oren dalam gelas bertambah tiba tiba lepas tukar syot. 

7. Daru belakang, tali beg hanya digalas pada bahu kiri. Tukar syot, tali beg disilang di dada dari kiri ke kanan pula. 

8. Air dalam gelas berkurang tiba tiba lepas tukar syot. 

9. Kedudukan selendang di leher Pak Man berubah lepas tukar syot.

No comments: