Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Sunday, November 18, 2012

Halim Munan (2012)

1. Masa bomoh tu datang kat Halim, dia letak tangan kanan atas lantai. Tukar syot, tangan kanannya ada kat lutut Halim. 

2. Tangan mak Halim atas kepala Halim tetiba ada kat tepi lepas tukar syot. 

3. Masa Halim kena buli, nasi dia jatuh atas lantai. Tapi, masih ada nasi dalam pinggan. Halim geram dan ke meja. Dia angkat pinggan tinggi! Nasi tak jatuh pun. Eh, bukan ada nasi ke lagi masa jatuh tadi?? Haha 

4. Pinggan nasi yang dah kotor tetiba bersih masa Halim duduk. 

5. Tangan yang berada di tepi dinding tetiba berada di belakang dinding 

6. Tangan member Pak Man tu dah pegang sudu sambil angkat bekasnya. Tukar syot, dia pegang bekas sambil tangannya baru nak pegang susu semula. 

7. Pistol mainan kat dada hilang tiba tiba lepas tukar syot. 

8. Balang bertudung oren jadi balang bertudung biru juga lepas tukar syot tu. 

9. KANTOI: Halim yang halimunan nampak bayang. Bukan syot ni saja, beberapa syot yang lain ketika Halim dihalimunankan menggunakan visual efek juga menghadapi masalah yang sama. 

10. Tangan yang ada kat perut tetiba ada kat tangan lepas tukar syot. 

11. Longgokan sabut kelapa muncul tiba tiba lepas tukar syot. 

12. KANTOI: Pada awal filem, bomoh inform Halim supaya jangan tukar pakaian masa dia dalam keadaan halimunan. Jadi, dalam final scene cite ni, Halim masih pakai pakaian lama yang dia pakai pada hari pertama dia halimunan. Eww.. busuk! Tapi, tu bukan masalahnya. MAsalahnya di sini, masa Halim baling sabut kepala kat Ajak, korang tau dia masih pakai pakaian. Tapi, masa dia hilang sifat halimunan, kenapa dia berbogel? Ai, dia pakai pakaian kot masa dia invisible tuh!

4 comments:

sukakartun said...

hahaha..buat filem sambil lewa..tak kisah dah error yg ada, janji siap n tayang kat panggung

cweet pinky said...

hahaha , taw takpe , tangkap muat owg kate ...

rafflesia said...

part bayang2 tu. hihihi xmacam cite luar negara. jutaan rm, tapi terbaek!! :)

Zahrenn said...

hahahaha...