1. Ibu Ujie peluk dengan masukkan lengannya ke dalam kain di atas kepala Ujie. Tukar syot, lengan ibu Ujie berada di luar kain tersebut. Lengannya sekejap di luar dan di dalam kain between syot.
2. Jaket atas meja tak konsisten between syot. Perhatikan jarak hujung kertas dengan hujung jaket yang berbeza between syot.
3. Rambut yang ada di depan bahu hilang dan muncul semula dalam syot seterusnya.
4. Kain di belakang Ujie hilang/berubah bentuk masa ibu Ujie lari masuk rumah. Penyepit kain juga tiada lagi di kain yang berada di belakang Ujie.
5. KANTOI: Korang akan sedar yang hujan turun tetiba dalam syot Zafrin bagi frame gambar kat Balqis. Yang peliknya, tak ada respon pun dari pelakon pasal hujan turun tu. Malah, Balqis boleh pulak koyakkan hadiah dan buka gambar lukisan. Dan paling kantoi, lukisan tu tak kena air pun dan dua orang pelakon kita tetap tak basah. Haha.
6. Posisi tangan di bahu Zafrin berubah tibe tiba selepas tukar syot.
7. Malah, tangan kiri ibu Zafrin yang ada atas meja tiba tiba je pegang telinga selepas tukar syot.
8. Pisau hilang dan muncul balik dalam syot seterusnya.
9. Plastik belacan hilang tiba tiba dalam syot seterusnya.
10. Kain ungu di belakang bantal tiba tiba hilang!
11. Jarak antara hujung lengan baju dengan jam berubah ubah between syot.
12. Kain selendang atas bahu mak Zafrin berubah kedudukan selepas tukar syot.
13. Kertas yang berada di atas fail berubah menjadi di bawah fail kemudian di atas fail semula between syot.
14. Armi bagi gelas kat Ujie guna tangan kiri. Tukar syot, gelas tu tetiba berada di tangan kanan Armi.
15. Selendang tiba tiba menyeliputi lengan dalam syot seterusnya.
16. Kain tuala di leher berbeza kedudukan selepas tukar syot.
17. Lelaki kepala botak hilang lepas tukar syot tiba tiba jer sebelum dia kelihatan semula dalam keadaan berjalan dalam syot seterusnya.
No comments:
Post a Comment