Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Friday, September 21, 2012

Gerimis Mengundang (2012)

 1. Posisi tangan beg Mika di handbagnya berubah selepas tukar syot. 

2. Straw dalam gelas Mika berubah walaupun tiada angin yang meniup straw tersebut. 

3. Buku yang berada di depan, yang tidak jatuh ke bawah pada syot awal, tetiba dalam keadaan rebah selepas tukar syot. 

4. Buku yang jatuh tetiba saja terbuka dengan sendirinya dalam semasa Zamani hendak kemas buku yang bersepah. 

5. Masa peragut terlanggar troli, tong kuning dalam keadaan rebah. Masa, Mika berlari kejar Zamani, semua tong tiba tiba dalam keadaan berdiri. 

6. Selendang Mika yang berada di belakang bahu tetiba berada di depan dadanya selepas tukar syot. Masa Zamani bagi beg dengan kasar, selendang Mika berada di belakang kembali. 

7. Semasa dengar berita, Zamani dah letakkan gelas. Tukar syot, masa Zamani nak pusing badan, tangan kanannya masih memegang gelas dan berada dekat dengan mulut. 

8. Syot jauh, lelaki yang berdiri di tepi pintu helicopter dah ubah posisi badan menghadap kea rah Zamani. Tukar syot, lelaki tadi ubah posisi badan sekali lagi dan menghadap ke arah Zamani lagi. 

9. Semasa mama Mika cakap pasal hendak ke Kota Kinabalu sebab nak settle urusan, Mika tidak pegang sudu dan garpu. Tukar syot saja, terus di tangan Mika ada sudu dan garpu. 

10. FAKTA @ AUTA: Masa Zamani bawa Mika naik helicopter, syot Zamani dan Mika, nampak ada kabus ataupun efek awan. Tetapi, dari syot luar, helicopter terbang agak rendah, dan tiada kabus atau awan yang memungkinkan kepulan dari syot Mika dan Zamani terjadi. 

11. Rambut Mika berada di atas lengannya secara tiba tiba selepas tukar syot. 

12. Pemegang benda putih tengah meja yang menghadap ke arah boyfriend Mika tiba tiba menghadap ke arah Mika secara tiba tiba tanpa disentuh. 

13. Mika masuk dalam kereta, kemudian, tangannya seperti hendak pegang rambut. Tukar syot, tangannya tak ada pula kat atas rambut. 

14. Tiub yang berlingkar di tangan Zamani tiba tiba hilang lepas tukar syot. 

15. Wayar berubah kedudukan secara tiba tiba semasa doktor datang. 

16. Keadaan yang sama terjadi semasa doktor pergi dan tinggalkan Mika di sebelah Zamani.

No comments: