Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Thursday, August 30, 2012

The Avengers (2012)

1. Masa Nick Fury dan Coulson bercakap, syot jauh menunjukkan beberapa lelaki baju putih dah angkat kotak dan berlalu pergi. Tiba tiba, dalam syot close-up lelaki baju putih muncul kembali sambil angkat kotak dan berlalu pergi, sekali lagi. 

2. Telefon atas lantai sekejap hilang sekejap ada balik masa babak pertarungan awal Romanov. 

3. Captain America ambil punching bag lepas dia pecahkan. Jelas punching bag tu kosong tanpa ada lilitan di tengahnya. Tapi, dalam satu close-up, korang jelas nampak punching bag tu ada lilitan kat tengah sebelum hilang kembali dalam syot seterusnya. 

4. Sayap pesawat yang bawa Captain America dan Phil Coulson semasa mendarat sayapnya terlipat. Tapi masa diorang keluar je, terus sayap tu tak berlipat dah. 

5. Masa Banner berbual dengan Nick Fury, dia buka jaketnya, gulung dan lipat, kemudian letak di apit di belakang lengannya. Next syot, jaketnya berada di atas lengan tiba tiba. 

6. FAKTA @ AUTA: Thor tolak Iron Man jauh ke belakang beberapa kaki selepas bengang Captain America suruh dia letakkan hammer. Thor kemudian berlari kea rah Captain America dan hentak hammer kat shield Captain America. Gegaran kuat menyebabkan Thor tercampak jauh ke belakang. Tetapi, next syot, tetibe je korang nampak Thor, Captain America dan Iron Man bangun pening pening lalat berdekatan satu sama lain. Tadi kan jarak mereka jauh? 

7. Wayar tiba tiba berlingkar semasa Stark dekati Captain America. 

8. Dua klip di senjata Loki sekejap ada dua sekejap ada satu between syot walaupun tak ada sesiapa pun sentuh klip tu. 

9. Gaya kaki pengawal yang berbual dengan Bruce berubah between syot. Sekejap dia berdiri tegak, sekejap dia berdiri dengan sebelah kaki atas batu. 

10. Luka di dahi Stark hilang tiba tiba masa Thor buka topeng. 

11. KANTOI: Masa Captain America tunggang motor dengan tak pakai helmet lagi, pasti korang akan rasa pelik kenapa rambutnya tak ditiup angin? Ha3

No comments: