Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Saturday, August 4, 2012

Hoore! Hoore! (2012)

1. Masa Johari dekati Aiman, tudung di dada Aiman menutup lengannya. Tukar syot je, tudung tersebut terlipat dan mendedahkan tangan Aiman yang sedang berada di tepi leher. 

2. Rambut Aiman masih elok masa dia pusing pusing. Tukar syot je, terus rambutnya serabut tiba tiba. 

3. Kedudukan selendang Aiman yang Johari pegang berubah selepas tukar syot. 

 4. Masa close-up, bantal di kepala Aiman berada di tengah katil. Tukar syot je, bantal kepala Aiman berada di tepi pula tiba tiba. 

5. Masa mak Aiman bagi tudung tu pun korang akan sedar tudung tu berubah bentuk di tangan selepas bertukar syot. 

6. Masa ayah Aiman tarik kambing, di tangan kirinya ada bekas. Tapi, dari syot nenek Aiman, korang akan sedar yang ayah Aiman tiba tiba tak pegang apa apa bekas. Dua dua tangannya menarik tali pengikat kambing. 

7. Ayah Aiman letak tangan kanan di pinggang dan pegang helmet di tangan kiri. Tukar syot je, helmet tiba tiba berada di sebelah kanan dan tangan kiri pula yang di pinggang. 

8. Masa nenek Aiman baru duduk atas katil, mata Aiman pandang bawah. Tukar syot je, mata tiba tiba Aiman pandang atas pulak. 

9. Aiman tegakkan majalah nak tunjuk kat neneknya. Tapi syot seterusnya, tiba tiba majalah tu berada atas katil dalam keadaan terbaring. 

10. EQUIPMENT VISIBLE: Bayang bayang ekuipment jelas kelihatan di atas kepala beberapa pelakon extra. 

11. Masa Aiman berhenti berjalan, tangan kanannya masih lagi ada atas bahu. Tukar je syot, tangannya tetiba berada di pinggang. Masa Aznil selesai berucap, tangan Aiman berada di bahu semula, secara tiba tiba. 

12. TRIVIA: Dalam filem ini, dipaparkan yang Johari luahkan perasaan di sebuah blog melalui Shoutbox. Malangnya, payah kan nak jumpa tempat shoutbox yang betul betul digunakan sebegitu sebab kebanyakan blogger mendominasi Shoutbox untuk berblogwalking. Ehe… 

13. Cawan teh berubah dari meja di kanan ke meja yang di kiri secara tiba tiba lepas tukar syot. 

14. Benda yang kaler ungu tu mendekat tiba tiba selepas tukar syot. Malah, awalnya kedudukan dua dua benda tu dalam keadaan berbaring. Tukar syot je, dua daripadanya tetiba menegak. 

15. Malah tiga benda yang dekat dengan botol tu juga berubah kedudukan selepas bertukar syot. 

16. Masa awal tu, tangan kanan Aiman pegang tiga jari kirinya. Tukar syot, tangan kanan Aiman pegang seluruh belakang tapak tangannya pula. 

17. Syot depan, mak Aiman duduk di tengah tengah. Tukar syot, mak Aiman duduk di tepi pula, di belakang suaminya. 

18. Lengan kiri Aiman berada atas bantal dekat dengan badannya tiba tiba lepas tukar syot. 

19. EQUIPMENT VISIBLE: Bayang kamera dari kenderaan sebelah jelas kelihatan di tepi cermin. 

20. Jari Johari terbuka tiba tiba lepas tukar syot.

2 comments:

eXception said...

Banyak jugak spoof... Ha ha ha ha ha...

Razil Tahir said...

diorang tukar dengan cepat time tukar shot kot.. hihihihih