1. Kertas yang senget atas meja Nordin tiba tiba berkedudukan lurus lepas tukar syot.
2. Cermin mata Nordin yang berada atas kertas tetiba berada di tepi kertas selepas beberapa syot walaupun Nordin tak sentuh pun cermin mata tu.
3. Masa Kartina pasang plug kat soket, wayar lalu atas beg Kartina. Syot seterusnya pula tiba tiba tunjuk wayar lalu di tepi beg Kartina secara tiba tiba.
4. Semasa Nordin nak bangun lepas tarik Prof Kus, beg Nordin tiba tiba berada di belakangnya.
5. FAKTA @ AUTA: Kisah ini berlatar berlaku di Korea, tetapi Aziz minta duit kat Nordin guna Ringgit Malaysia! Huh
6. Masa Nordin muntah, di belakangnya dinding. Tapi masa Prof Kus berdialog, di belakang Nordin adalah lorong.
No comments:
Post a Comment