Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Friday, July 20, 2012

Chow Kit (2012)

1. Achat baca belakang kotak. Tukar syot, tetiba saja Achat pegang tepi kotak sebelum baca belakang kotak kembali. 

2. Pancing di tangan kanan Tika hilang semasa dia pusing badan ke kanan. 

3. Dua orang ni keluar dari bangunan dan berjalan. Tukar syot saja, bangunan menjadi lorong secara tiba tiba walaupun lelaki tu tak ubah pun arah perjalanannya lagi. 

4. Masa pak cik tu tanya nombor pendaftaran jabatan agama, tali beg yang terjatuh dari bahu naik semula ke atas bahu secara tiba tiba lepas tukar syot. 

5. Budak tu tutup periuk dengan tangan kanan. Tetapi tukar syot, tangan kirinya pula yang pegang penutup periuk. 

6. Tangkai botol air mineral berubah posis selepas tukar syot. 

7. Page yang kaler putih tiba tiba jadi fully oren lepas tukar syot. 

8. Awalnya tangan gangster tu yang ada atas depan kereta. Tukar syot, siku dia pulak yang ada kat situ pula sebelum syot seterusnya, tangan gangster kembali. 

9. Tangan tiba tiba ada kat dagu lepas tukar syot. 

10. Posisi tangan kanan yang tiba tiba memegang tali beg selepas tukar syot.

No comments: