1. Masa tok bomoh jatuh sebab kena baling lesung, lesung tu berada dekat je dengan muka. Tapi, dalam berita suratkhabar, lesung tu hilang la pulak.
2. Bila Aman cakap …’bini baru’, straw dalam gelas tiba tiba berubah selepas tukar syot.
3. TRIVIA: Aman sebenarnya berpusing pusing sekitar jalan yang sama saja. Perhatikan bangunan semasa Aman berkata ‘bagunan itu baru siap hari ni’ dan semasa Aman bertanya tujuan pak Indo tu datang ke Malaysia. Bila masa pula la dia p u-turn? Alahai.
4. Sebelum keris jatuh, Cumi pegang lampu suluh di atas bahu, tukar syot, lampu suluh berada di bawah pula.
5. Siku kanan Bada berada kat luar tingkap semasa dia jerit kat Cumi, tapi dari syot satu lagi, siku kiri Bada yang berada kat luar.
6. Kain serban yang melekat kat celah lengan tiba tiba jatuh dalam syot seterusnya.
7. Tangan Cumi yang ada kat perut tetiba ada kat dada lepas tukar syot.
8. Makanan dalam pinggan Cumi dan pen milik Aman berubah posisi secara tiba tiba.
9. Tangan Bada tetiba ada atas bahu Cumi dan Aman lepas tukar syot.
10. Korang akan perasan yang kain atas lantai tu berubah ubah kedudukan between syot.
11. Kain putih tetiba muncul kat kain kuning dekat kepala bomoh tarik duit.
12. TRIVIA: walaupun Cumi londeh seluar dan berbogel, korang akan perasan yang Cumi sebenarnya pakai seluar ketat hitam untuk adegan bogel tersebut.
No comments:
Post a Comment