Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Sunday, October 7, 2012

X (2012)

1. Posisi duduk Hafiz bertukar tiba tiba selepas tukar syot. 

2. Rambut sekejap ada dalam kacamata dan sekejap ada di luar kacamata between syot. 

3. Tangan yang nak disilangkan di perut tetiba saja jadi cekak pinggang selepas tukar syot. 

4. Tangan bapa Zai yang ada kat bawah tiba tiba ada kat dada lepas tukar syot. 

5. Tuala atas bahu berubah kedudukan walaupun tak ada sesiapa sentuh. 

6. Helmet atas kereta biru hilang tiba tiba. 

7. Cara Hafiz pegang gambar berubah ubah between syot. 

8. Hafiz yang tengah makan chips tetiba termenung lepas tukar syot. Bekas chips hilang dan tidak kelihatan atas meja secara tiba tiba. Beberapa ketika kemudian, Hafiz makan chips kembali yang entah datang dari mana. 
9. Bola yang dipegang oleh Zai tetiba ada atas lantai lepas tukar syot. 

10. Masa Arisa nak baling bunga, dia pusing kekanan. Tapi syot jauh, tetiba pulak dia pusing ke arah kiri.

1 comment:

Unknown said...

haha..kelakar je..