Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Thursday, May 31, 2012

John Carter (2012)

1. Borrough pegang tepi frame gambar pada awalnya. Tukar syot saja, tangannya berada di belakang frame gambar secara tiba tiba. 

2. Burrough pusing buku dan kunci diari berada di kanannya. Namun, semasa dia bersalam dengan lawyer, kunci diari tiba tiba berada di sebelah kiri. Eh, kan tadi sebelah kiri? 

3. Pen kat atas pelapik merah di kiri Burrough berubah posisi secara tiba tiba. 

4. Kes pen berubah kedudukan terjadi juga masa Burrough nak buka diari John Carter. 

5. Tadi, masa Burrough terima buku, dia dah pusingkan buku ke arah yang membolehkan dia baca. Lepas salam dengan lawyer dia pusing sekali lagi buku tersebut. 

6. Pipi Colonel Powell terluka masa dia mencukur. Tapi, lepas kejar mengejar, sedikit pun parut tak kelihatan di pipi walaupun dua scene tu dalam setting masa yang sama. 

7. Carter berjalan mengesot, bayang berada di kanannya. Carter jatuh tersungkur, bayang berada di kirinya pula. 

8. Princess Dejah pusing badan saja, rambut di bahu hadapannya hilang tiba tiba. 

9. Dari arah Carter, bayang menghadap ke arah kanannya. Dari arah Tars Tarkas, bayang matahari mengadap kea rah kiri Carter. Bagaimana tu? Kalau Jeddak berada di depan Carter, bukankah bayang Jeddak akan jatuh di belakang kiri Tars Tarkas? 

10. Medal yang bawa Carter ke Barsoom tu talinya berada dalam keadaan lurus semasa Carter diseret. Tapi, masa Jeddak tengok medal tu, talinya berselirat tiba tiba. 

11. Senjata kat depan kepala Carter berubah posisi selepas tukar beberapa syot secara tiba tiba. 

12. Lepas Carter jatuh, kain yang terlepas dari badannya diselaputi pasir. Namun, masa Carter nak naik kenderaan tu, kain itu tidak lagi diselaputi pasir. Malah, ianya berbeza kedudukan dari awal tadi. 

13. Carter pecahkan batu dan batu tu berada di depan batu yang lebih besar lepas dipecahkan. Namun, syot sebelum Carter baling batu menunjukkan batu tersebut berada di sebelah kiri batu yang asal. Malah, bebayang juga muncul tiba tiba. 

14. Tatu di muka Sab Than berada di sebelah kiri mukanya. Namun, semasa wedding, korang akan perasan tatu di muka Sab Than berada di sebelah kanan. Adoi. 

15. Arah mata pedang yang lurus ke hadapan tiba tiba menegak dalam syot seterusnya. 

16. Dan kemudian, dari menegak ke atas, mata pedang kemudiannya berubah menghala ke arah leher Princess.

1 comment:

akuamir said...

terbaikk,, banyak gilaa jumpaa