Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Friday, June 8, 2012

Mirror Mirror (2012)

  Mustahil korang akan makan penyu yang hampir pupus, mengapa pula makan telurnya? 
maklumat lanjut di http://is.gd/2aELrv

1. Masa Queen nak bercerita, dia membongkok. Tapi, semasa syot seterusnya, korang dapat lihat kedudukan badannya berada dalam keadaan menegak. 

2. Burung yang masuk ke dalam bilik Snow White duduk atas satu besi di tengah kerusi. Tapi, bila syot Snow White bergerak ke katilnya, korang akan perasan burung tu sedang bertenggek kat tepi besi tu pula secara tiba tiba. 

3. Semasa Snow White beri epal, burung membelakangi dinding. Namun, dari syot jauh, korang akan perasan yang burung tu menghadap dinding pula sebelum syot seterusnya membelakangi dinding semula. 

4. Masa Prince Alcott keluarkan pedang, pembantunya tak ada pun di tepi kudanya. Tukar syot, pembantunya tiba tiba berada di tepi kudanya pula. 

5. Tangan Prince Alcott yang dekat dengan bahunya tiba tiba menjauh lepas tukar syot. 

6. Tangan yang diikat berada di kiri badan tiba tiba beralih ke kanan badan selepas tukar syot. 

7. Posisi kaki dwaf yang jatuh kat depan Prince tu berubah posisi secara tiba tiba. 

8. Tangan yang tekan notis tu berubah ke atas tiba tiba lepas tukar syot. 

9. Snow White tegak dan diam je masa pembantu Queen tu pergi. Tukar syot, dia dah berada dalam keadaan berjalan dan berhenti di hadapan. Bila pula dia mula berjalan? 

10. Butang leher Charles si pembantu Prince Alcott terbuka dalam satu syot sebelum terkancing semula dalam syot seterusnya. 

11. Dari syot depan, tangan yang pegang uncang berada di bawah ikatan. Tapi, dari syot satu lagi, tangannya berada di atas ikatan, menyebabkan tali ikatan tidak kelihatan. 

12. Posisi beberapa orang kerdil berubah between syot. Perhatikan orang kerdil yang pakai topi serigala dan topeng mata. Sekejap yang pakai topi serigala berada di atas, dan sekejap berada di bawah si kerdil pakai cermin mata. 

13. Kaki burung yang bersilang tu menghadap ke arah badan PrinceAlcott, tapi syot seterusnya, kaki burung tu menghadap ke arah kanan pula. 

14. Kain pelapik yang dilempar Prince Alcott jadi besar bukaannya selepas tukar syot. 

15. Dua cup yang berada bersebelahan antara satu sama lain tiba tiba menjadi berhadapan antara satu sama lain lepas tukar syot. 

16. Prince Alcott muncul tiba tiba dalam khemah lepas tukar syot. 

17. Tulang gaun Queen yang dah rapat tiba tiba kelihatan renggang semula dalam syot seterusnya. 

18. Tombak pengawal yang dipegang condong jadi tegak dalam syot seterusnya.

No comments: