1. Detektif Mazlan letak lengan kanannya di meja sebelah kiri. Tapi dari syot depan, lengan detektif berada di tengah antara meja kiri dan kanan. Keadaan berubah2 between syot sampai habis cerita dalam bilik soal siasat.
2. Cota berubah posisi tiba tiba lepas Pairot lompat.
3. Lepas saja Pairot tunjuk gambar kakak dia di dinding, posisi Pairot dan Tong terus berada dekat dengan bar. Macam ada editing yang tak kena sikit di sini.
4. Pemegang tin cat menjadi menegak tiba tiba tanpa disentuh siapa siapa selepas bertukar syot.
5. Masa Pairot jatuh, seat motor menghala ke arah belakangnya dan berada di kirinya. Tapi masa bangun dan berlari, Pairot berada di tepi motor yang berada di sebelah kanannya pula.
6. Tali yang terikat kat papan tetiba saja terungkai sebelum Pairot hentak kakinya lepas guling atas papan tersebut.
7. Masa Pairot kejar Karim, Tong tunjuk dengan botol air ke arah mereka. Tukar je syot, korang akan perasan yang Tong tidak lagi dalam keadaan menunjuk, sebaliknya hanya memerhati.
8. Seluar yang terkena tembakan suci dan bersih dalam syot seterusnya.
9. Detektif Mazlan yang memandang ke arah partnernya tiba tiba berubah posisi pandang ke hadapan selepas tukar syot.
No comments:
Post a Comment