Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Friday, May 25, 2012

Uncle Usin (2012)

 
1. Perhatikan pesilat di kiri tu. Mulanya jari di pinggang berada dalam keadaan terbuka. Tapi tukar je syot, ibu jarinya kelihatan pula dan jarinya dalam keadaan menggenggam. 

2. Cahaya matahari muncul di bantal tiba tiba. Malah jika anda perasan, kedudukan bantal bapa Julia juga berubah menjadi menegak semasa Julia keluar dari bilik. 

3. Semasa 13 nak ambil katak, tangan kirinya berada kat bibir begnya. Tukar je syot, tangan kanannya berada di bawah beg. Malah tangan Julia juga tetiba berada atas pahanya. 

4. FAKTA ATAU AUTA: Belum sempat lagi lelaki tu bunuh diri dek terkena PISTOL BUNUH DIRI, berita dah tersiar kat radio. 

5. Cota di tangan Tauke berubah dari tangan kiri ke tangan kanan. 

6. Masa syot Tauke pukul 13, kerusi ada di belakangnya. Masa syot Angah naik atas, korang akan perasan yang kerusi tetiba berada di hadapan Tauke. 

7. EQUIPMENT VISIBLE: Korang akan perasan yang ada tali diikat di pinggang pembantu 13 semasa dia terbang. Jelas sangat kelihatan. Takkan lupa padam kot masa editing. Aduh. 

8. EQUIPMENT VISIBLE: Bayang kamera jatuh atas belakang tok bomoh. 

9. Selepas 13 lempar gambar, bapa Julia pegang dan kemaskan. Julia dekati dan tetiba saja, tangan bapa Julia yang sedang membersihkan pecahan frame tiada di bawah sebaliknya berada di atas, seolah olah dia tidak menyentuh frame itu.

No comments: