Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Wednesday, January 4, 2012

Datin Ghairah (2011)


1. Sebuah kereta yang melintasi jambatan dan membelok hilang dalam syot Bob keluar dari kereta sebelum muncul semula dalam syot seterusnya. Normal kes sebab trafik yang bergerak sukar nak dikawal. 

2. Buku anak Datin terus tertutup secara tiba tiba lepas tukar syot. Perhatikan selepas Datin cakap ‘… for safety reason’. 

3. Lelaki yang sedang bertelefon ni tetiba je dilihat tenang bersembang tiba tiba selepas tukar syot. Padahal, bila dia stop cakap dengan fon pun tak tau. 

4. Semasa Derus bagi surat khabar kepada Datin, surat khabar tu dah elok dan tak bengkok. Namun, tukar syot, surat khabar tu bengkok dan korang akan lihat Datin tegangkannya dengan tarik tepi surat khabar. 

5. Semasa Datin bangun, dia pandang Sufian. Tukar syot, terus mukanya menghadap ke arah lain tanpa berpaling dahulu. 

6. FAKTA ATAU AUTA: Filem ini menggunakan tajuk Datin Ghairah, merujuk kepada nama popular Datin Ghairiah. Namun, sepanjang filem, nama Datin Ghairah tidak pernah disebut sekaligus memberikan tanda tanya, adakah nama Datin Ghairah itu popular di kalangan watak watak sekitarnya. Malah, dalam satu scene, Datin sendiri meminta Zack memanggilnya Ghairiah instead of Ghairah. 

7. Tangan Zack yang sedang mengacau air jus terus berada di atas meja selepas bertukar syot. 


8. FAKTA ATAU AUTA: Zack cakap suami Datin, Datuk Mahfuz lah yang meletakkan bunga ros misteri itu. Tetapi, iya memanglah yang pertama diletakkan dalam kereta Datin, itu memang kerja Datuk Mahfuz. Tetapi, anda kena ingat yang bunga ros kedua diletakkan oleh pembelot dalam kompani Datin sendiri dan bukannya Datuk Mahfuz. Datuk Mahfuz tak ada kaitan dengan bunga ros kedua. Buktinya, sebab pembelot tu ditangkap oleh polis tanpa dibela Datuk Mahfuz. Jadi, hanya kerana Datuk Mahfuz hanya meletakkan bunga ros dalam kereta Datin Ghairiah, adakah penggunaan perkataan ‘selalu’ wajar? Tak kot.

2 comments:

Anonymous said...

Filem datin ghairah ni..bukan nye silap sceen je.. tp satu filem ni yg silap..lagu ntah apa2..adegan lawan siap ada lagu melayu asli(konon lawak)...watak jahat tak kuar suara masa ckp kt member dia..yg kuar lagu wanita seluruh dunia jer(diulang2 sampai muak)..suara bodyguard datin macam c***i jer aku rasa...jln citer penin..menyesal aku tengok filem nihh...

The Joker said...

Respek sama lu, brani tgk cite yg confirm koyak haprak mcm ni, siap buat analisis konti pulak tu. Respek.