Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Friday, January 6, 2012

Songlap (2011)

1. Semasa Abang Mat pandang Am, tangannya berada di bawah meja. Tukar syot, tangannya terus berada di atas meja, dengan pandangan mata yang sama.


2. Tangan kanan Hawa yang diletak atas palang tingkap sekejap bermain main dengan jarinya dan sekejap diam btween syot.

3. Level air dalam air the Hawa berkurang tiba tiba semasa makanan sampai sebelum bertambah kembali selepas itu dan berkurang semula semasa Mak Jah cakap ‘makan, makan’. 

4. Masa awalnya, tangan bapa Hawa berada di tepi pinggan, syot seterusnya, tangannya berada dekat dengan dadanya secara tiba tiba. 

5. Cropping kat desktop berbeza between syot. Satu syot, korang akan perasan yang cropping kat bahagian bawah sampai ke bawah ayat AKTA PENDAFTARAN… Satu syot lagi, semasa Am bercakap pasal lesen dia nak mati, cropping kat bahagian bawahnya berada di tengah perkataan AKTA PENDAFTARAN. 


6. Semasa Abang Mat bangun, kerusinya masih tegak. Tukar syot, kerusinya tiba tiba dalam keadaan terjatuh. Perhatikan dia duduk dan tercari cari serta mengangkat kerusinya yang terjatuh entah bila.

7. Kerusi yang berada di depan Abang Mat berubah kedudukan semasa syot bertukar. Kerusi hitam tersebut tiba tiba mendekati meja tanpa sesiapa pun menyentuhnya.

8. Ad masih pakai tali pinggang semasa dia lepaskan geramnya dalam kereta Am. Namun, syot seterusnya menunjukkan Ad tak pakai tali pinggang keledar. Perhatikan tali pinggang keledar yang lurus di tepi pintu kereta.

2 comments:

Hananorima said...

alhamdulillah sikit je. Ke ada lagi?

inam kitites said...

ada lagik kot..scene am, hawa, ad, berpisah kat rail keretapi sebelum am peluk ad ada keretapi lalu tukar shot terus keretapi tuh hilang!! laju benor train tuh ekk bullet train kot? kakakak~