Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Wednesday, January 18, 2012

Petaling Street Warriors (2011)

1. Bekas yang dibuat dari tanah yang berada dekat dengan dua pinggan mee berubah berada dekat dengan kuali secara tiba tiba selepas bertukar syot. 

2. Semasa mee hokkien diletak atas meja, korang akan perasan yang chopstick berada atas pinggan sos. Namun, syot seterusnya, korang akan sedar yang chopstick tersebut berada sepenuhnya di atas meja. Chopstik yang diletakkan atas bekas sos akan menyebabkan kedudukannya senget sedikit dan tidak semua permukaan berada di atas meja. 

3. Semasa Duyao dan rakannya keluar dari pusat judi, ada seorang lelaki yang tak dikenali keluar sama sebelum bertukar syot. Namun, syot seterusnya kita tak nampak lelaki yang keluar tadi sedangkan dia berada di belakang diorang. 

4. Perhatikan rantai di leher yang berada di atas baju singlet yang tiba tiba berubah kedudukan. 

5. Lutut Duyao terus berada di bawah lengannya secara tiba tiba lepas tukar syot. 

6. Semasa bercakap pasal Kamasutra, jag kecil berada di sebelah jag yang tumbang. Syot seterusnya menunjukkan ketua geng meminta wang. Tukar syot, jag kecil sudah berubah posisi secara tiba tiba. 

7. Semasa Iron Sand Palm panggil Duyao, rakannya di sebelah kanan Duyao buang cermin matanya dan pegang cermin mata tersebut. Tukar syot, cermin mata tersebut ada di matanya semula secara tiba tiba. 

8. Malah, baying krew dan kamera yang menggunakan trek kelihatan semasa Iron Sand Palm bergerak kea rah Duyao. 
9. Tangan si perempuan ni berubah tiba tiba between syot.

2 comments:

Unknown said...

bagus ler info nie... teliti.....
kekadang tak perasan pun....

pet said...

mcm tu eh.. haha