1. Ada dua bantal besar di atas sofa. Bapa mentua Baha tersungkur di tepi bantal yang kanan di atas sofa. Namun, stukar syot, kita akan lihat kepala bapa mentua Baha berada di celah antara dua bantal secara tiba tiba.
2. Semasa Mia bercakap nak belikan pisau cukur untuk Baha, kita akan sedar yang ada sebuah kereta dan motor berada jauh di belakang. Kereta hitam ok. Namun, tukar syot, muncul kereta merah mengekori di belakang secara tiba tiba entah dari mana mengekori dalam jarak dekat.
3. Bayang krew yang mengekori kereta Baha kelihatan di badan kereta Baha.
4. Semasa dua orang penarik kereta hentikan kereta Baha, kawasan kirinya lapang. Namun, semasa Mia cakap kat Baha suruh report polis, kawasan di kiri frame penuh dengan pokok, ada rumah dan tidak seperti semasa awal tadi lagi.
5. Perhatikan pelakon extra di belakang yang sedang dalam keadaan hendak minum. Semasa gelas berada di mulutnya, syot bertukar dan dia baru hendak minum sekali lagi.
6. Semasa waiter lembut marah Baha, dia angkat tangan kirinya dan jelas di tangannya ada buku nota hitam. Namun, tukar syot, tangan yang dia angkat tadi kosong dan buku nota tiba tiba bertukar ke tangan kanannya yang tidak bergerak.
7. Semasa Baha nasihat Mia, Elly berada di depan papan pemotong. Tukar syot, semasa Baha dan Mia lintas jalan, tiba tiba je Elly berada di depan bekas yang ada air.
8. FAKTA ATAU AUTA: Semasa hujan, Mia tarik Bada masuk ke dalam rumah dan berkata ‘… nanti auntie marah’. Auntie di sini merujuk kepada Elly mungkin ataupun juga merujuk kepada siapa siapa saja. Namun, bila Elly buka pintu rumah, reaksi Mia seolah olah pernah datang ke rumah Elly sebelum ini. Tak terkejut pun bila Mia tau itu rumah Auntie Elly.
9. Semasa adegan Baha hantuk Elly, ada dua baldi kelihatan. Di kiri kanan baldi kosong. Namun, semasa adegan last, di sebelah baldi ada plastic secara tiba tiba. Sejak bila pulak plastic tu muncul sedangkan Elly tak bergerak pun dari memandang Baha?
10. Trafik yang menghala ke hadapan sekejap ada sekejap hilang between syot.
11. Langit yang mendung tiba tiba menjadi cerah selepas tukar syot.
12. Lelaki yang tengah menarik layang layangnya hilang dalam wide syot sebelum muncul semula dalam syot seterusnya.
13. Rambut yang berada di bahu kiri Elly hilang salam satu syot sebelum muncul semula dalam syot seterusnya.
3 comments:
dah tgk yg ni... baru leh tgk ceta tu skali lagik n prati bebetui... hohoho (ada dak org hobi pelik camni? hohoh) tunggu keramat lak.. hohoh
yg no.8 tu mia dpt agk rmh auntie elly mybe sbab bsikal auntie elly tu ade dpn rmh...
ada aku kesah...buabg masa saja..
Post a Comment