Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Sunday, February 5, 2012

Keramat (2012)


1. Semasa Jabbar heret Habib, tongkat Habib jatuh ke tanah semasa Habib dilempar ke pokok. Namun, dalam syot selepas itu, tongkat Habib tersandar di pokok secara tiba tiba.  

2. Pemadam telah berubah kedudukan walaupun Nazmir tak menyentuhnya.

3. Lembu muncul tiba tiba di tepi pokok.

4. Pegangan tangan Moon berubah rubah dan tak konsisten di antara setiap syot.

5. Kain yang menutup muka Habib berubah ubah between syot. Satu syot menunjukkan matanya kelihatan dan satu syot lagi, matanya tidak kelihatan langsung.

6. Nasti yang sedang berjalan ke hadapan tiba tiba terus berada dalam keadaan bersandar selepas bertukar syot.

7. Semasa Nazmir lepaskan batang tongkat, hulunya berada di tangan Nasti yang sedang pengsan. Namun, lepas Zura diselamatkan, hulu tongkat sudah berubah kedudukannya. Malah, tangan Nasti juga berubah posisi walaupun dia sedang pengsan.

8. FAKTA ATAU AUTA: Tempat asal tongkat itu adalah di sebuah busut di tengah ladang tebu. Tetapi, kenapa Nazmir pacakkan kembali tebu tersebut di tempat lain dan berkata mereka sudah kembalikan tongkat itu ke tempat asalnya?

9. Semasa bini Nazmir cakap ‘Nasti, kau pembunuh!”, tangan Nazmir yang mendepa tiba tiba memegang parang di dadanya selepas tukar syot secara tiba tiba.

1 comment:

Unknown said...

wah...keramat dah kuaq~yey!