1. Semasa Will bawa bapanya datang tunjukkan Caesar, dalam satu syot, bapa Will hendak masukkan tangannya hendak pegang Caesar. Tukar syot, tangannya baru nak diletak atas kotak.
2. Semasa bapa Will berikan jari kirinya kepada Caesar, tangan kanannya berada di atas kotak. Tukar syot, kedua dua tangannya berada dalam kotak pula.
3. Bayang kamera jatuh di atas badan jiran Will semasa dia mengusir Caesar.

4. Alur di kotak gate yang ada tiga alur berubah jadi dua alur dalam syot seterusnya.

5. Seekor chimpanzee baling palang besi kepada seorang lelaki yang menangkap rakannya. Besi tercucuk di bumbung atas kanan bahu lelaki tersebut. Namun, tukar je syot, tiba tiba palang besi berada di bumbung atas kiri bahu lelaki berkenaan.

6. SWAT tembak bumbung bas menyebabkan adanya kesan tembakan. Namun, semasa geng beruk beruk ni menyerang dari tepi, kesan tembakan hilang serta merta.
7. Sebiji kereta polis hilang dalam syot helicopter berpusing. Malah, beruk atas kereta polis juga hilang lepas tukar syot.
No comments:
Post a Comment