Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Saturday, November 19, 2011

Klip 3gp (2011)

1. Buku di hujung meja Eddie ada sekeping saja. Namun, bila close-up, buku tersebut berada di atas buku lain.

2. Kereta merah di pam tengah hilang selepas bertukar syot.

3. Malah, semasa bangle a.k.a Shah Rukh Khan nak ambil gambar, ada kereta polis lalu di belakang. Belum sempat kereta polis lepas keluar frame, tetiba je muncul kereta hijau di pam tempat kereta merah hilang tadi selepas tukar syot.

4. Malah, lepas je sorang daripada perempuan tu cakap ‘panas la’, kereta hijau tu lesap lepas tukar syot. Magic woh!

5. Semasa si Maya ni cakap ‘u sayang I ke u saying phone?’, jarinya menolak nolak phone Daniel dengan lembut. Tukar syot, tangan si Daniel dah berada di tepi badan Maya tuh!

6. Beberapa props atas meja tu berubah posisi lepas tukar syot. Gelas tetiba menjadi dekat.Perhatikan mug yang tumbang. Pada syot awal, bahagian atasnya menghadap ke arah Maya, tetapi tukar syot kita akan lihat bahagian atasnya menghadap ke arah tingkap. Malah, objek merah muncul tetiba (tetapi yang ni boleh jadi awal tadi terselindung di balik bekas abu rokok)

7. Tangan yang berada di atas palang tetiba berada di bawah lepas tukar syot.

8. Semasa polis serbu rumah, laptop hilang dari atas katil. Malah, kedudukan helmet juga berubah.

No comments: