Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Tuesday, November 22, 2011

Conan The Barbarian (2011)

1. Conan bunuh 4 orang semasa latihannya, tetapi dia hanya bawa balik 3 kepala kepada ayahnya.

2. Semasa rakan Conan bercerita dalam pesta, perempuan tak berbaju tu duduk. Tapi tukar syot saja, tiba tiba dia dalam keadaan berdiri.

3. Semasa Conan letak tangan di leher lelaki ini, awalnya ibu jarinya berada di tepi tangan kirinya. Tukar syot, ibu jarinya terus berada di atas belakang tangan kirinya.

4. Semasa Conan berbual dengan rakannya di atas kapal, keadaannya sekejap berdiri tegak dan sekejap membongkok seperti tangannya diletakkan pada sesuatu between syot.

5. Semasa Conan hendak lawan Remo, Conan letak pedang berdarah di mukanya. Kesan darah melekat di dahinya. Namun, lepas Remo larikan diri dan Conan naik kuda, muka Conan tetiba jer suci tanpa darah.

6. Hirisan di dada Tamara berbeza daripada keadaan asal sepanjang akhir filem. Semasa Khalar Zym hiris, hirisannya lebih dekat ke kiri dada. Semasa Zym ambil darah, hirisannya dekat dengan kanan dada.

7. Dari kejauhan, Tamara tidak pegang pinggang Conan. Close up je, Tamara pegang pinggang Conan.

No comments: