
1. Sewaktu makcik ‘killer’ dicucuk oleh warrior Sad Flute kita, Yang, dapat dilihat si mak cik tersebut sempat keluarkan pisau dari papan sebelum jatuh ditikam. Jelas nampak ada lubang di tepi papan berdekatan mangkuk. Namun, next syot menunjukkan lubang tersebut hilang secara tiba tiba. Padahal, sudah jelas bahawa pisau dari papan tersebut sudah jatuh terpacak atas lantai.

2. Pakaian kotor atas meja hilang secara tiba tiba sewaktu tiga orang ini mahu keluar dari kedai. Tiada siapa pun yang dikesan membawa pakaian tersebut keluar. Jadi, kemana pergi pakaian kotor tersebut?

3. Penyiram air berubah kedudukan secara tiba tiba selepas bertukar syot sewaktu Yang belajar menanam.

4. Kaki bapa kepada Lynne yang dibunuh berubah secara tiba tiba semasa isterinya datang kepadanya.

5. Kain yang disumbat ke mulut Lynne menjadi tidak kemas secara tiba tiba selepas Yang ambil dua pisau di belakang Lynne.
No comments:
Post a Comment