Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Thursday, May 26, 2011

Seru (2011)

1. Waktu Nora Danish takut, dia tarik baju Pierre Andre, lepas diorang nampak hantu kat tengah jalan, baju Pierre Andre nampak kemas dan tiba tiba saja tenang macam tak ada apa apa. Macam mana emosi diorang bertukar dalam masa tak sampai 2 saat? Hmm…

2. Sewaktu Awal cemas, dapat dilihat tali pinggang keledar Pierre Andre tak ada di bahunya. Namun, syot seterunya menunjukkan tali pinggang keledar tersebut muncul semula.

3. Malah, sewaktu Pierre cakap ‘jalanlah!’, syot close-up menunjukkan memang tiada tali pinggang keledar kat bahu Pierre, Pierre kemudiannya dilihat dengan tali pinggang keledarnya semula selepas itu. Malah, sewaktu ini juga, tangan Pierre yang mengusap tangan Nora Danish tiba tiba berubah mengusap pipi selepas bertukar syot.

4. Nora Danish pegang penyodok dan cangkul dengan matanya menghadap ke atas. Next syot menunjukkan mata penyodok dan cangkuk berada di bawah secara tiba tiba.

5. Kedudukan barang atas meja berhampiran markas berubah. Malah, dua biji kerusi tiba tiba muncul secara tiba tiba. Perhatikannya semasa adegan Jeff dan Rudi ternampak cahaya dalam hutan dan semasa Man bawa Pak Cik Ungkai (sila alert semasa kamera focus kepada meja).

1 comment:

merahitujambu said...

memang nampak laa..awok ni teliti org nya...heeee..salam ramadhan