Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Monday, May 23, 2011

Drive Angry (2011)

1. Tiada kertas bil dilihat tergantung dalam syot Piper dan rakannya. Namun, kertas bil dilihat berada di tempat yang pada awal tadi tiada kertas bil dalam syot bos Piper yang marah. Kertas bil itu kejap ada kejap hilang between syot.

2. Adegan aksi last, kereta Milton retak dan berlubang di cermin hadapan. Dalam beberapa syot, retakan itu tidak kelihatan. Malah, jika anda perasan, retakan cermin yang pada awalnya teruk bertukar kepada sederhana dan tiada langsung. Hanya lubang cermin saja konsisten di situ.

3. Rantai Jonah King yang berada di atas bajunya (bajunya tertutup rapat tidak menampakkan dada) kemudiannya berada di atas dadanya dengan tiba tiba sewaktu dia hendak hentak Milton.

No comments: