Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Friday, May 20, 2011

Aku Tak Bodoh (2010)

1. Roy yang mengalihkan badannya untuk bela Sudin letakkan tangannya di atas penyandar kerusi sebelum tiba tiba, apabila bertukar syot, tangannya dilihat berada di atas meja Jefri.

2. Sewaktu pengetua cakap ‘saya tak ada kencing manis dan darah tinggi pun’, dia angkat satu hadiah bersaiz sederhana yang dihadapannya ada dua hadiah kecil (satu kuning, satu bunga bunga). Hadiah saiz sederhana yang pengetua buang tadi, muncul semula secara tiba tiba selepas bertukar syot.

3. Sewaktu ayah Roy bagi handphone baru, kedudukan pegangan handphone berubah ubah antara syot. Dalam satu syot, ayahnya hanya memegang handphone dan tunjukkannya kepada Roy. Dalam satu syot lain, ayahnya bermain main dengan handphone tersebut. Dua syot ini berselang seli. Malah, di akhirnya, cara pegang handphone juga sudah berbeza antara dua syot tersebut.

4. Si akak kantin letak duit seorang pelajar atas penutup bekas (sila dengar bunyinya). Berapa ringgit sangatlah duit budak tu sehinggakan tak ada pun duit yang keluar dari bekas. Namun, syot seterusnya menunjukkan ada duit RM50, RM10 dan kepingan duit lain tersembul secara tiba tiba.

5. Tiga pinggan nasi tiba tiba menjadi dua pinggan sahaja semasa rakaman CCTV ditunjukkan. Malah, dua mangkuk (mungkin mee kari kot, nyam nyam!) tidak kelihatan dalam rakaman CCTV.

3 comments:

saya_arief said...

hahaha..
sumpah xperasan.
:D

sleepycatz said...

terbaik laa br0

Famili Ceria said...

tudia...sapa yang rajin sungguh cari semua benda nie...tapi memnag tak perasan pun semua yang terjadi nie...